Saturday, August 23, 2008

CABARAN INDUSTRI GAHARU

Secara amnya cabaran utama di dalam industri gaharu di Malaysia adalah kekurangan maklumat dalam mengemaskini peraturan penuaian gaharu yang lebih efektif dan berkekalan didalam Hutan Asli. Selain daripada itu, pengetahuan yang minima dalam usaha untuk memastikan pengeluaran gaharu yang berkekalan secara in-situ dan ex-situ termasuk aktiviti perolehan bahan tanaman, pemeliharaan dan regim pengurusan perladangan merupakan cabaran yang dikenalpasti.
Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) juga masih belum meluas dalam aspek-aspek :- Pembaikbiak bakaan pokok; Ketidakpastian kedapatan gaharu di dalam batang pokok karas,Kaedah penghasilan gaharu yang bergred tinggi, Pembangunan produk berasaskan gaharu.

Satu kertas laporan tentang isu-isu dan cabaran industri gaharu di Malaysia telah disediakan oleh pihak MINT, hasil daripada kajian yang telah dibuat pada tahun 2005.

Potensi gaharu di Malaysia pada masa hadapan
Malaysia terletak di rantau Asia Tenggara yang mengalami cuaca tropika yang sesuai untuk penanaman pokok gaharu bagi perlaksanaan projek-projek perladangan gaharu. Produk gaharu dari Malaysia terkenal dengan mutu resin dan minyaknya yang tinggi dan masih terdapat sumber asli yang mudah diperolehi. Para penyelidik Malaysia sedang giat menjalankanpenyelidikan dalam penghasilan resin gaharu secara aruhan.
Projek pertanian atau perhutanan ini adalah seiring dengan dasar kerajaan ke arah bioteknologi dan disokong penuh oleh pihak kerajaan. Industri gaharu mampu berperanan sebagai sumber ekonomi baru kepada penduduk luar bandar dan boleh dijadikan salah satu mekanisme ke arah pembasmian kemiskinan.

No comments: