Saturday, August 23, 2008

KAEDAH PENGHASILAN ANAK BENIH


Anak benih samada daripada pengumpulan daripada hutan atau dari semaian anak benih atau keratan batang perlu dipindahkan di dalam polibag berisi campuran tanah berorganik tinggi bernisbah 1 :2:2 (pasir: tanah: organik). Polibag yang berisi anak benih perlu dialihkan selalu apabila akarnya telah menembusi polibag sekiranya tidak ditanam di ladang. Alihan ini perlu dijalankan secara berhati-hati iaitu dengan menjirus air pada akar supaya tidak mencederakan bahagian akarnya.
Susun Atur Lapangan
Pokok karas adalah tumbuhan hutan untuk perladangan jangka panjang. Projek perladangan karas yang akan memberi keuntungan yang lebih adalah apabila pengusaha ladang berkemampuan untuk membiarkan pokok karas tumbuh dengan lebih lama. Kitaran yang pendek ladang karas hanya akan menghasilkan resin berkualiti dan berkuantiti yang rendah dan hanya boleh diproses untuk mendapatkan minyak gaharu. Secara amnya, perladangan karas boleh dilaksanakan secara dua pendekatan iaitu:
a. jarak penanaman yang lebih luas dan mengintegrasikan dengan tanaman lain yang boleh memberi hasil dengan masa yang lebih singkat.
b. jarak tanaman yang lebih rapat dan dituai hasilnya dalam 2-3 fasa berasingan dimana tuaian ini dibuat sebagai kaedah penjarangan dan ini akan membolehkan pokok yang tinggal akan tumbuh dengan lebih besar dan memberikan hasil yang lebih tinggi.
Masa Penanaman
Sifat anak pokok karas yang memerlukan keadaan yang agak lembab merupakan faktor yang perlu diambil berat semasa penanaman dijalankan bagi memperolehi jumlah pokok hidup yang tinggi. Masa terbaik untuk penanaman adalah pada musim hujan atau tengkujuh iaitu pada bulan November hingga Januari. Walaubagaimanapun sekiranya penanaman perlu dijalankan diluar pada masa tersebut, sistem pengairan atau siraman yang baik perlu disediakan. Namun perlu diberi penekanan bahawa pokok karas tidak dapat hidup dikawasan air bertakung, oleh itu sekiranya penanaman perlu dilakukan dikawasan ini, sistem perparitan yang baik perlu dibuat.
Teduhan
Anak pokok karas yang baru ditanam perlu dilindungi daripada panas terik bagi mempercepatkan pertumbuhan dan mengurangkan jumlah mati. Anak pokok ini perlu teduhan 50% sehingga berumur enam bulan dan 25% selepas enam bulan sehingga satu tahun. Selepas satu tahun pokok ini akan didedahkan sepenuhnya kepada matahari dan ini akan mempercepatkan pertumbuhannya.
Penanaman
Bagi penanaman yang dijalankan berdasarkan pendekatan tanam rapat, jarak penanaman permulaan adalah 6 kaki x 10 kaki dimana dianggarkan sebanyak 800 pokok boleh ditanam bagi setiap ekar dan selepas peringkat seterusnya iaitu selepas 8-10 tahun (p.enjarangan) jarak antara pokok adalah sekitar 10 kaki x 10 kaki dan jumlah pokok adalah sekitar 400 pokok. Sekiranya pendekatan integrasi dilaksanakan, jarak tanaman adalah 8 kaki x 10 kaki. Walaubagaimanapun jarak ini juga adalah bergantung kepada jenis tanaman yang digunakan.
Anak pokok gaharu yang berketinggian kira-kira 3 kaki ditanam di dalam lubang yang disediakan bersaiz 1.5 kaki x 1.5 kaki x 1.5 kaki. Anak pokok yang ditanam perlu terus disiram air pada pangkal pokok dan dipadatkan sedikit tanah disekelingnya. Pemindahan pokok dari polibag ke tanah ladang perlu dilakukan dengan cermat supaya tanah asal dari polibag tidak terganggu atau mencederakan akarnya. Bagi mendapatkan hasil pertumbuhan yang lebih cepat, sebelum anak pokok ditanam, lubang akan dimasukkan kompos dan baja rock phosphate serta digemburkan tanahnya.
Penjagaan
Tanah disekeliling pokok karas perlu digemburkan setiap 3-4 bulan. Pembajaan juga akan dilakukan semasa kerja menggembur ini dan dicadangkan sekerap dua kali setahun pada tahun pertama dan sekali setahun pada tahun kedua dan seterusnya. Pokok karas terutamanya anak pokok adalah makanan haiwan ternakan seperti lembu dan kambing. Keperluan kepada pemasangan pagar adalah penting sekiranya masalah ini berlaku. Walaubagaimanapun, selepas 4-5 tahun umur pokok, haiwan ternakan boleh dilepaskan di dalam ladang karas ini. Setiap pokok yang mati perlu diganti pada tahun penanaman yang sama bagi memudahkan pengurusan ladang dan sekiranya perlu dibuat pada tahun kedua. anak pokok yang hampir sama dengan saiz pokok yang ada di ladang perlu dipilih.
Pembajaan
Pembajaan baja inorganik tidak diperlukan pada tahun pertama penanaman. Penggunaan baja organik atau kompos seperti tahi lembu boleh digunakan dengan digaulkan dengan tanah terlebih dahulu dan diletakkan di dalam lubang sebelum ditanam anak pokok. Meletakkan tahi lembu secara terus perlu dielak.
Sagi setiap lubang, dimasukkan sejumlah 10-15 kg kompos. Penggunaan baja bio juga adalah digalakkan dan disarankan aplikasinya adalah sejumlah 3 kg/pokok/tahun pada tahun pertama dan 5 kg pad a tahun kedua sehingga tahun kelima. Sagi mendapatkan pertumbuhan yang maksimum, pembajaan baja inorganic boleh diberikan pada tahun kedua dan seterusnya dimana NzPzOs dan KzO pad a nisbah 10: 1 0:4 akan digunakan mengikut jumlah berikut dan biasanya dipecahkan kepada dua kali aplikasi setahun:
Tahun kedua Tahun ketiga 200g/pokok/tahun
Tahun keempat dan seterusnya 300g/pokok/tahun 500g/pokok/tahun
Aplikasi baja ini digalakkan sebelum dan selepas musim hujan kerana pembajaan pada masa tersebut juga boleh membantu didalam penghasilan resin gaharu. Walaubagaimanapun, pokok karas didapati pertumbuhannya adalah baik walaupun tanpa pembajaan selepas 3 tahun.
Kawalan Serangga dan Penyakit
Buat masa ini, perladangan pokok karas didapati tidak menghadapi risiko serangan pengakit atau serangga yang serius, walaubagaimanapun, sejenis serangga (scale insect) boleh menyebabkan kematian pokok karas yang banyak. Serangan ini boleh dikenalpasti apabila batang atau daun pokok karas terdapat bahan seperti kulat atau kapas berwarna keputihan. Serangan ini akan menyebabkan batang dan daun karas menjadi kering. Sekiranya terdapat pokok yang diserang oleh serangga ini, kawalan perlu dilakukan dengan cepat seperti menyembur racun atau membuang dan bakar terus pokok yang telah terkena serangan tersebut. Selalang juga merupakan serangga yang boleh merosakan pokok terutamanya pada peringkat awal penanaman.

No comments: