Saturday, August 23, 2008

KAWASAN TUMBUHAN DI MALAYSIA


Keputusan daripada Inventori Hutan Nasional 4 (NFI-4) yang telah dijalankan pada tahun 2002 menunjukan taburan stok Karas (Aquilaria spp.) adalah sebanyak 3.06 juta pokok dengan anggaran isipadu 1.83 juta m3 dari saiz kebesaran 15 cm diameter dan ke atas. Keputusan daripada inventori ini juga menunjukkan peratus yang tinggi pada pokok bersaiz diameter perepang 15 cm- 45 cm iaitu 95% bilangan pokok daripada kesemua pokok yang dibanci dan lebih kurang 66.8% jumlah isipadu pokok karas di keseluruhan Sem. Malaysia. Bagi kesemua negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, negeri Kelantan menunjukan jumlah stok anggaran bilangan pokok Karas yang tertinggi manakala negeri Pahang pula tertinggi anggaran dari segi isipadu pokok Karas.
Penghasilan resin
Penghasilan gaharu daripada batang pokok Karas tidak begitu difahami oleh kebanyakan orang. Pada kebiasaannya penghasilan gaharu adalah disebabkan oleh:• beberapa kecederaan pokok atau tindakbalas ‘immune’ oleh pokok yang cedera atau mengalami stress.• serangan kulat.• kedua-dua dari kecederaan pokok dan serangan kulat. Secara prinsipnya, 2 kaedah dalam pengeluaran gaharu telah djkenalpasti iaitu:- • kaedah konvensional (melibatkan takikan parang). • kaedah bukan konvensional (melibatkan inokulasi buatan atau inoculant) .
Aspek Ekonomi Gaharu
Menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh CITES, terdapat 20 negara yang terlibat di dalam perdagangan gaharu dan Malaysia dan Indonesia adalah pengeluar atau pengeksport terbesar gaharu. Menurut perangkaan dari tahun 1995 hingga 1997, Malaysia telah mengeksport sejumlah 340 ton (Semenanjung Malaysia) dan 530 ton (Sarawak). Dari jumlah ini sebahagian besarnya adalah dieksport ke Singapura dan sedikit ke Taiwan dan Negara-negara Timur Tengah. Walaubagaimanapun, jumlah ini dipercayai sangat jauh rendah dibandingkan dari jumlah sebenar hasil gaharu yang dikeluarkan dari hutan-hutan Malaysia berdasarkan maklumat yang diperolehi sendiri oleh para penyelidik MINT (Malaysian Nuclear Agency (Nuclear Malaysia).
Harga semasa
Terdapat 27 gred yang dikenalpasti telah digunapakai oleh peniaga gaharu di Malaysia. Gred kayu yang berkualiti tinggi biasanya diniagakan terus tanpa diproses terlebih dahulu kerana harganya yang tinggi, boleh mencapai sehingga RM15,000.00 sekilo (Peniaga gaharu). Walaubagaimanapun gred kayu untuk diproses secara ringkasnya dikelaskan seperti berikut :
Gred 1 C1 RM100.00 Gred 2 C2 RM70.00 Gred 3 C3 RM50.00 gred 4 C4 RM30.00 danGred 5 C5 RM5.00

No comments: